Sunday, 2 February 2014

aku terima nikahnya~

first of all, mintak tolong sedekahkan Al-Fatihah utk kawan aku yg baru je meninggal dunia khamis lepas.. aku terkilan, sebab pagi dalam kul 2 lebih baru aku taw.. lepas maghrib aku tidur tak sedar diri, aku tak sedar semua call text dari kawan kawan aku.. bila aku terjaga baru aku macam kelam kabut text semua orang, baru nak bertanya.. bersalah sgt aku rasa.. aku tak sempat jumpa sebab arwah tak dikebumikan kat sini.. maafkan aku :( semoga kau tenang kat sana kawan.. kau orang yang baik.. kau selalu senyum, aku respect kau.. rest in peace.. al-fatihah~


 ...ok next... 

jengjengjeng~
aku terima nikah _________ dengan mas kahwin _____ tunai....
sah sah sah.. alhamdulillah.. hee
aku nak cakap kawan aku nikah dah.. minggu lepas ada, minggu ni pun ada.. alhamdulillah.. jodoh dorang sampai dulu.. pewiittt pewiittt.. hee..

jumaat baru baru ni, lepas solat jumaat.. aku pergi tengok kawan aku akad nikah.. meriah pulak rasa ramai kawan kawan yg datang.. mcm buat reunion haha.. maklumlah semua cuti kan.. pandai kawan aku ni pilih tarikh, kehkehkeh..cantik baju nikah dorang.. hee

ok masing2 dah ambik posisi masing2..
tibalah masanya kawan aku mengadap tok kadi.. hee
ok tiba lah giliran tok kadi membebel2..
dan kawan aku membebel2..
bila dengar khutbah menikah ni, terasa mcm "besarnya tanggungjawab sebagai suami isteri ni" dan itulah yg bakal aku tempuh nanti.. in sha Allah.. hee..

ok dah puas membebel semua..
masa yg ditunggu tunggu..
aku nikahkan dikau _______________________ dengan mas kahwinnya ___ tunai..
dan dijawab
aku terima nikah _____________ dengan mas kahwin ___ tunai..
sah? sah sah sah.. alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi.. doa pun dibaca..

alhamdulillah, dengan sekali lafaz kau sah bergelar seorang suami.. besar tanggungjawabnya bro.. semoga kau jadi suami yg baik dan taat pada perintah Allah.. 

aku tak taw kenapa bila kawan aku jawab je lafaz akad tu, bila orang kata sah sah sah.. sebaknya rasa hati ni.. sedih + gembira.. hee.. cehh macam aku pulak yg menikah kan.. haha.. takpe, mungkin belum masanya.. in sha Allah satu hari nanti.. sabar.. senyum.. :)
so tamatlah sudah majlis akad nikah kawan aku.. yg minggu lepas tak sempat tgk sbb masa dtg dah akad nikah dah.. hee.. pape pun tahniah utk korang.. semoga masjid yg korang bina sentiasa mendapat berkat dan redha Allah.. aminn..
SELAMAT PENGANTIN BARU.. LOVE UNTIL JANNAH YA ^_^

ramai kawan aku yang meninggal dunia dan berkahwin pada usia muda ni.. aku? adakah pada usia muda ini aku akan membina masjid bersama insan tercinta yang dicipta untuk aku atau aku akan pergi mengadap Dia, pencipta yang aku cinta?
hanya Allah yang tahu..

jika di dunia ni tak tertulis jodoh aku dengan sesiapa, aku harap agar aku dapat bertemu jodohku di akhirat sana.. in sha Allah.. aminn..

jodoh tu ada. kalau bukan sekarang, mungkin tahun depan.. kalau bukan tahun depan, mungkin lima tahun lagi.. kalau bukan lima tahun lagi, mungkin dua puluh tahun lagi.. jika bukan di dunia, mungkin di syurga.. takde apa perlu dirisaukan :)

jodoh itu bukan siapa cepat, dia dapat.. tapi jodoh itu adalah bila Allah dah tetapkan, akan pasti dapat ^_^

jodoh itu adalah sebuah amanah.. jika kita sudah siap sedia dengan amanah itu, maka Allah akan mengirimkan jodoh untuk kita.. jodoh itu akan sampai saat kita benar benar bersedia ;)
JODOH MILIK KITA :D

ohye, kawan aku ada bagi satu lagu kat aku.. dia suruh aku dengar, dia pesan jangan sedih sedih.. hee..

so, bila aku dengar.. aku bertambah sedih, haha.. aku pun tak taw apa yang aku sedihkan? mungkin sebab maksud lagu ni mendalam kot.. hee..

permata yang dicari - aku dedicate kan lagu ni untuk insan yang aku selalu sayang.. untuk insan yang bakal duduk dalam hati ni untuk selamanya.. untuk insan yang selalu aku rindu :')


 

 Ya Allah
jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku
dengan ketentuan-Mu

ok last, aku tujukan lagu ni untuk semua wanita yang aku sayang dalam dunia ni.. ketahuilah wahai wanita, dirimu sangat berharga..aku hargai diri mereka Ya Allah.. 

 khas untuk ibu tercinta, adik tersayang, sahabat perempuan yang rapat dengan aku, kawan kawan perempuan, dan bakal isteri aku yang aku masih belum pasti siapa :)


tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi
ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA

mustahil bagi seorang lelaki boleh membawa seorang wanita menetap di bulan dan bintang..
TETAPI
tidak mustahil bagi seorang lelaki membawa seorang wanita ke tempat yang jauh lebih indah iaitu SYURGA Allah..

wahai bakal pemilik hati ini, yang aku masih belum pasti siapa kamu..
jaga diri jaga maruah..
jaga hati jaga solat..
dan jaga iman juga..
semoga kita bertemu didalam redhaNya nanti..


assalamualaikum~

ikhlas dari hati : Muhammad Azmierul Afiq

6 comments:

  1. assalamualaikim :)
    saya suka baca blog awak. maaflaa kalau menggangu tapi entahlaa. tertarik saya nak baca blog awak dari awal sehingga laa entry terbaru awak ni. sebenarnya search lagu tapi search punya search saya tjumpa blog awak. tapi saya suka baca entries awak. ermm. bersabar laa. serahkan semuanya pada Allah. hee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. jodoh awak lah tu jumpa dengan blog ni haha :p
      btw, terima kasih sudi baca ^_^

      Delete
  2. Best baca blog ni..menyentuh hati dan perasaan..

    ReplyDelete
  3. Kisah awak sama seperti saya. 4 tahun kenali dia akhirnya mcm tu lah :). Best semua entry awak. So teruskan entry lagi jiwang hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah ada yg lebih baik utk awak. ^_^

      Delete