senyumlah
tinggalkan segala sedihmu
bahagialah
lupakan takutmu
sakit yang kau rasa, tak setara dengan bahagia yang kau akan dapat
percayalah...
tidak ada seorang pun yang benar benar tegar dalam hidupnya
tapi yang ada
adalah orang yang mampu bertahan kemudian terus bangkit
kelmarin adalah ujian yang cukup berat
esok atau lusa nanti
mungkin akan ada yang lebih berat
namun percayalah
DIA tak akan pernah sesekali meninggalkanmu :)
kau tahu apa itu kuat?
kuat itu apabila kau menerima takdir dan ketentuan
tanpa kau tanya kenapa dan mengapa
kau redhakan segalanya
kerana kau tak tahu rahsia Tuhan
yakinlah, perancangan Allah jauh lebih baik
maka tersenyumlah dan berbahagialah :)