" Kalau patah hati akan buat kita saling membenci, kenapa Allah benarkan cinta hadir dalam hati? Bencilah, tapi bukan benci orang lain. Bencilah kepada diri sendiri yang meletakkan takdir pada impian bukan pada Tuhan. Mencintai tak semestinya harus memiliki. Kalau kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita. Jaga pandangan jaga hati jaga iman :) "
"ketika Allah memberimu rasa rindu pada seseorang, sebenarnya seseorang itu yang merindui kamu"
aku ingin bahagia, terlalu ingin bahagia.. terlalu rindukan takdir yang selalu menyebelahi diri, tetapi takdir itu terlalu jarang untuk muncul kembali..
bahagia itu pilihan.. sebenarnya dalam hidup ni, kita jangan menyalahkan orang lain bila kita
tidak bahagia, kerana kebahagiaan itu bukan orang lain yang ciptakan
tapi ada pada hati kita sendiri.. bahagia itu hakikatnya dekat, terlalu dekat dengan kita.. kebahagiaan itu bukan untuk dicari, jika kita masih tercari cari, maknanya kita tak ada kebahagiaan itu.. kebahagiaan itu kita tak perlu cari, tetapi kita perlu membinanya, kita yang harus menciptanya kerana kebahagiaan itu terletak pada sekeping hati, sekeping hati yang selalu bersyukur..
orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu memiliki sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya, tapi hanya selalu berusaha untuk bersyukur dan menjadikan setiap apapun yang hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik.. kebahagiaan yang sempurna terdapat pada seseorang yang sederhana tetapi dia memperlakukannya dengan istimewa.. ibarat kata orang "tak perlu miliki segalanya untuk bahagia, cukup jadikan apa yang sudah kau miliki saat ini sebagai alasan untuk bahagia"
hargai apa yang kita miliki saat ini.. kebahagiaan tak akan pernah datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang mereka miliki.. hargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita tidak pernah tahu apa yang kita miliki hari ini masihkah ada untuk hari esok..
bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan, ingatlah dan senyumlah kerana kita merancang dengan cita cita tetapi Allah merancang dengan cinta :)
ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca.. ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang mengutip paling sedikit,, tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya, kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..
memang amat tinggi letaknya kebahagiaan, namun kita harus menuju kesana.. ada orang yang berputus asa berjalan kearahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar, padahal mudah kerana ia daripada dirinya sendiri..
aku memilih untuk bahagia dengan rasa syukur kepada Allah..
aku mohon diberi ketenangan dan hidayah..
Ya Allah, limpahkan rezeki dan kasih sayang untukku, keluargaku, sahabatku dan insan tersayang~
Ya Allah, berikan aku hati yang jernih.. agar aku selalu bersyukur diatas kekurangan yang aku miliki.. agar aku merasa cukup dalam kekurangan.. ajarkan aku erti redha dan ikhlas agar aku tidak mengeluh ketika kebahagiaan aku tidak lagi sempurna..
sampai ke hari ini aku tetap percaya bahagia itu adalah pilihan.. dan bersama siapa kita bahagia, kita juga yang pilih..
terima kasih Ya Allah, sekarang aku bahagia.. ya, terlalu bahagia.. semoga bahagia yang aku rasa dan bahagia yang engkau rasa, kekal sampai bila bila walaupun kebahagiaan kita tak selalu bersama :)
first of all, mintak tolong sedekahkan Al-Fatihah utk kawan aku yg baru je meninggal dunia khamis lepas.. aku terkilan, sebab pagi dalam kul 2 lebih baru aku taw.. lepas maghrib aku tidur tak sedar diri, aku tak sedar semua call text dari kawan kawan aku.. bila aku terjaga baru aku macam kelam kabut text semua orang, baru nak bertanya.. bersalah sgt aku rasa.. aku tak sempat jumpa sebab arwah tak dikebumikan kat sini.. maafkan aku :( semoga kau tenang kat sana kawan.. kau orang yang baik.. kau selalu senyum, aku respect kau.. rest in peace.. al-fatihah~
...ok next...
jengjengjeng~
aku terima nikah _________ dengan mas kahwin _____ tunai....
sah sah sah.. alhamdulillah.. hee
aku nak cakap kawan aku nikah dah.. minggu lepas ada, minggu ni pun ada.. alhamdulillah.. jodoh dorang sampai dulu.. pewiittt pewiittt.. hee..
jumaat baru baru ni, lepas solat jumaat.. aku pergi tengok kawan aku akad nikah.. meriah pulak rasa ramai kawan kawan yg datang.. mcm buat reunion haha.. maklumlah semua cuti kan.. pandai kawan aku ni pilih tarikh, kehkehkeh..cantik baju nikah dorang.. hee
ok masing2 dah ambik posisi masing2..
tibalah masanya kawan aku mengadap tok kadi.. hee
ok tiba lah giliran tok kadi membebel2..
dan kawan aku membebel2..
bila dengar khutbah menikah ni, terasa mcm "besarnya tanggungjawab sebagai suami isteri ni" dan itulah yg bakal aku tempuh nanti.. in sha Allah.. hee..
ok dah puas membebel semua..
masa yg ditunggu tunggu..
aku nikahkan dikau _______________________ dengan mas kahwinnya ___ tunai..
dan dijawab
aku terima nikah _____________ dengan mas kahwin ___ tunai..
sah? sah sah sah.. alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi.. doa pun dibaca..
alhamdulillah, dengan sekali lafaz kau sah bergelar seorang suami.. besar tanggungjawabnya bro.. semoga kau jadi suami yg baik dan taat pada perintah Allah..
aku tak taw kenapa bila kawan aku jawab je lafaz akad tu, bila orang kata sah sah sah.. sebaknya rasa hati ni.. sedih + gembira.. hee.. cehh macam aku pulak yg menikah kan.. haha.. takpe, mungkin belum masanya.. in sha Allah satu hari nanti.. sabar.. senyum.. :)
so tamatlah sudah majlis akad nikah kawan aku.. yg minggu lepas tak sempat tgk sbb masa dtg dah akad nikah dah.. hee.. pape pun tahniah utk korang.. semoga masjid yg korang bina sentiasa mendapat berkat dan redha Allah.. aminn..
SELAMAT PENGANTIN BARU.. LOVE UNTIL JANNAH YA ^_^
ramai kawan aku yang meninggal dunia dan berkahwin pada usia muda ni.. aku? adakah pada usia muda ini aku akan membina masjid bersama insan tercinta yang dicipta untuk aku atau aku akan pergi mengadap Dia, pencipta yang aku cinta?
hanya Allah yang tahu..
jika di dunia ni tak tertulis jodoh aku dengan sesiapa, aku harap agar aku dapat bertemu jodohku di akhirat sana.. in sha Allah.. aminn..
jodoh tu ada. kalau bukan sekarang, mungkin tahun depan.. kalau bukan tahun depan, mungkin lima tahun lagi.. kalau bukan lima tahun lagi, mungkin dua puluh tahun lagi.. jika bukan di dunia, mungkin di syurga.. takde apa perlu dirisaukan :)
jodoh itu bukan siapa cepat, dia dapat.. tapi jodoh itu adalah bila Allah dah tetapkan, akan pasti dapat ^_^
jodoh
itu adalah sebuah amanah.. jika kita sudah siap sedia dengan amanah
itu, maka Allah akan mengirimkan jodoh untuk kita.. jodoh itu akan
sampai saat kita benar benar bersedia ;)
JODOH MILIK KITA :D
ohye, kawan aku ada bagi satu lagu kat aku.. dia suruh aku dengar, dia pesan jangan sedih sedih.. hee..
so, bila aku dengar.. aku bertambah sedih, haha.. aku pun tak taw apa yang aku sedihkan? mungkin sebab maksud lagu ni mendalam kot.. hee..
permata yang dicari - aku dedicate kan lagu ni untuk insan yang aku selalu sayang.. untuk insan yang bakal duduk dalam hati ni untuk selamanya.. untuk insan yang selalu aku rindu :')
Ya Allah
jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku
dengan ketentuan-Mu
ok last, aku tujukan lagu ni untuk semua wanita yang aku sayang dalam dunia ni.. ketahuilah wahai wanita, dirimu sangat berharga..aku hargai diri mereka Ya Allah..
khas untuk ibu tercinta, adik tersayang, sahabat perempuan yang rapat dengan aku, kawan kawan perempuan, dan bakal isteri aku yang aku masih belum pasti siapa :)
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua di hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi
ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA
mustahil bagi seorang lelaki boleh membawa seorang wanita menetap di bulan dan bintang..
TETAPI
tidak mustahil bagi seorang lelaki membawa seorang wanita ke tempat yang jauh lebih indah iaitu SYURGA Allah..
wahai bakal pemilik hati ini, yang aku masih belum pasti siapa kamu.. jaga diri jaga maruah.. jaga hati jaga solat.. dan jaga iman juga.. semoga kita bertemu didalam redhaNya nanti..
seorang lelaki mungkin gembira saat orang gelarnya seorang muslim sejati, atau
lebih hebat lagi digelar seorang yang soleh.. tetapi lelaki itu bukan aku, bukan kerana aku
tak mahu, tapi aku cukup malu jika digelar
sebegitu sebab seolah aku menipu orang lain dengan cara aku sebagai
muslim padahal aku sendiri tahu aku bukan seorang yang berilmu bukan
juga seorang yang layak dipuji tapi manusia yang jahil yang masih mencari
hala tuju.. aku masih seorang lelaki jahil yang masih tergapai gapai dalam mengejar redha dan
cintaNya, tak layak aku digelar muslim sejati atau yang soleh oleh manusia.. cukuplah kau doakan aku untuk menjadi muslim yang soleh dimata Allah.. alhamdulillah :')
mungkin pada zahirnya, aku
kelihatan seperti seorang yang berilmu tetapi dari batinnya hanya Allah
yang tahu...sesungguhnya, aku ini hanya seorang lelaki jahil,yang
baru ingin berhijrah untuk lebih mendekatkan diri padaNya agar kebahagian itu milik aku dunia dan akhirat..